February 26, 2012

shopping time :)


location : sunway pyramid..
victim : amsyar zainal abidin..rahaha..but i was the one who got tired because he is such a cerewet guy..
pusing2 satu mall kalau shopping barang dy..totally different from me because i just go to the stall that i want n just pick the things..no need to survey,wat lenguh kaki den jo..



koya mcm model lettew..
model fitting room je boleh la..hua3..
nak pilih baju pun susah pakcik sorg nie..




kopak duit..
lepas nie x boleh nak shopping dah..
kalau x,makan nasi berkuahkan air masak je la kitorang..
i bought that shirts for him as birthday presents..kesian dy kate dah xde kemeja n tshirts..



my birthday present...teehee..
thanks a lot anyway..
i was succesfully persuaded you to buy me this shoes..hue3..
cube teka kasut nie saiz brape?
saiz 3..hoho.. teciknye kaki kite...
kalau clarks cutting dy besar than the other shoes..
so,kalau kasut biasa pakai saiz 4,clarks kena kurang satu saiz..
nie pun saiz 3 tinggal satu je..
rezeki..selamat..kalau x kempunan..coz model nie dah nak habes..


hahaha..muhd amsyar..your face looks soo funny :)
tu lah padan muke..selalu amek gambar org x ready kan..kali nie balas balik..
apo bondo yg dy cakap tu.."tuu,tgk camera tuu..jgn pandang tempat laen.." haha


 yes,when two budak tembam met..terus berwebcam..
look there..my cheeks seriously look like a pumpkin..haha..
ada x senaman macam mane nak kuruskan pipi :(
nightmare taw ada pipi mcm nie..selalu kena buli..
favourite location : subway..yummy :P












February 15, 2012

smile :)








“I was smiling yesterday,I am smiling today and I will smile tomorrow.
Simply because life is too short to cry for anything.” 



February 13, 2012

comel and cantik..

fuuuhhhhh,,
tiup habuk yang menerawang kat blog..ewah,menerawang..suke hati aku kan..haha
lamanye x tulis blog..
seriously i'm busy..
masuk sem 4,dah start busy and stress dengan pro exam yang bakal kitorang duduki 7th may nanti..
tinggal lagi 83 hari..
83 hari untuk cover 19 module dan berapa ratus or ribu lecture notes yang kite kena hafal..
this is totally makes you migraine even just thinking of the lecture notes..but,just be cool and relax..
we must do it systematically by doing study group and guided by time table..insya-allah,everything will goes well :)
okay2,just now,aku baru je tgk gambar heliza helmi..she's beautiful..seriously..ada yang cakap dy cute..tp bagi aku dy cute..haha..
cantik dan cute adalah satu benda yang berbeza..cantik is mmg orang tu cantik la kan..hehe..mukanya mature,but still looks beautiful..but cute is more to baby-face..she will looks younger than her actual age..




haaa..these women are cute..for me la..
nora danish,heliza helmi and lisa surihani..
comelll angattt..
rase nak cubit pipi dorang sampai jadi leper mcm roti canai -,-

tapi kalau yang nie pulakk..



maya karin n scha al-yahya..
dorang tak cute tapi dorang cantik..
hehe...
buatla gaya mcm mane pun,cantik jugak..

tapi yang nie..


pffttt..no komen..
i just think that she is like a tuuttt..
fear no bitch..
saje tempek gambar neelofa yang seksi lagi menggoda kan...haha..

BEAUTY WITHOUT INTELLIGENCE
IS LIKE A MASTERPIECE ON A NAPKIN..

YOU SEE? HOW POWERFUL INTELLIGENCE IS?

WE MUST BE BEAUTIFUL WITH BRAINS..
THAN PEOPLE WILL RESPECT US..












February 3, 2012

Safety..

ATTENTION!

Medical research of authority of the US have found new cancer in human being caused by silver nitric oxide..
whenever you buy recharge cards,don't scratch with nails as it contain silver nitric oxide coating and can cause skin cancer..
share this message with your loved ones..hehe..
because i love you readers,so i share this message..

February 2, 2012

kisah Rasulullah..

Kisah Rasulullah sebagai pengajaran,

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan "Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.


3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang."

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan') Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah." Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu aku puasa saja hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur, "Mengapa engkau memukul isterimu?" Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, "Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia." "Aku tidak bertanya alasanmu," sahut Nabi s. a. w. "Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?"


6) Pernah baginda bersabda, "sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya." Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,

"Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?" "Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar."

"Ya Rasulullah...mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit..." desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

"Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?" Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?" "Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak."


8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor.


9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.


10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.


11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.


13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, "Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?" Jawab baginda dengan lunak, "Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur."


Rasulullah s. a. w. bersabda,"SAMPAIKANLAH PESANKU WALAUPUN SEPOTONG AYAT.."